GRADUATE GROUP SDN BHD
Graduate Group Sdn Bhd (282255-T) adalah sebuah perbadanan Malaysia yang bermula pada tahun 1993 dengan jumlah modal berbayar RM7.0 juta. Sumber modal Graduate Group adalah dari pembangunan hartanah dan penghasilan Berus Gigi Multiway.
Graduate Group merupakan salah sebuah syarikat yang terkenal dengan perkembangannya di negeri Perak, Malaysia. Perolehan semasa syarikat dari pembangunan hartanah adalah melebihi daripada RM50 juta.
Graduate Group yang telah melantik Denson Marketing Sdn Bhd (585243-M) untuk memasarkan berus gigi Multiway dalam pasaran dunia.
Graduate Group telah memohon untuk hak paten berus gigi Multiway melebihi daripada 100 buah negara utama. Majoriti daripada permohonan telah telah diluluskan. Berus gigi Multiway adalah produk yang paling inovatif yang direkacipta oleh pengarah urusan Graduate Group, En Liew Hon Seong. Dia juga telah mencipta lebih daripada 10 jenis produk yang berinovatif baru seperti pencukur anti-virus, cermin mata hitam yang bertukar warna dan penyangkut baju boleh laras.
Pengarah urusan Graduate Group, En Liew Hon Seong adalah seorang pemimpin berkebolehan. Perniagaan Graduate Group akan diperkembangkan dengan pesat di bawah kepimpinan En Liew Hon Seong. Pasukan pengurusan Graduate Group mampu menjayakan perniagaan dengan agresif dan berjaya.
Wawasan Graduate Group adalah untuk mempromosikan berus gigi Multiway kepada dunia dan membawa manfaat kepada seluruh bangsa manusia untuk memiliki gigi yang paling sihat.
Misi Graduate Group adalah untuk mencipta lebih banyak produk baru untuk membawa memanfaatkan kepada pengguna seluruh dunia.

|
|
![]() |
|
Copyright © Denson Marketing Sdn. Bhd. Power by TechBase Solution |
|