Pencipta

Profil Pencipta

Pencipta berus gigi Multiway, En Liew Hon Seong dilahirkan di Ipoh, Malaysia. Sejak kecil lagi beliau giat dalam mereka bentuk, dan mencipta produck berinovasi baru. Sehingga kini, beliau telah mencipta tidak kurang daripada 30 jenis produk baru seperti pisau cukur berbentuk pen, kaca mata hitam yang bertukar warna, penyidai pakaian mudah laras dan pelbagai lagi.

Berus gigi Multiway merupakan produk yang paling cemerlang yang pernah dicipta oleh En. Liew Hon Seong. Ia bukan sahaja lebih praktikal berbanding dengan berus gigi biasa, malah ia juga lebih menjimatkan kos. Kesimpulannya, berus gigi Multiway merupakan penciptaan yang mengagumkan dan akan membawa kebaikan kepada semua manusia.



Penyataan Pencipta

Sejak kecil lagi, saya telah mengamalkan kebiasaan untuk sentiasa memberus gigi setiap hari. Saya juga telah diajar oleh guru saya cara memberus gigi yang betul. Walaupun begitu, saya masih mengalami masalah kerosakan gigi. Akhirnya saya sedar, ia adalah tidak mungkin untuk memberus gigi dengan bersih sepenuhnya dengan mengunakan berus gigi biasa, kerana gigi kita diatur dalam bentuk “U”. Oleh itu saya mula mencipta berus gigi baru.

Setelah mengkaji struktur gigi manusia dan fungsi berus gigi untuk beberapa tahun, saya telah merekabentuk, mencipta dan menginovasi lebih daripada 10 jenis berus gigi. Akhirnya, setelah membuat banyak eksperimen dan juga kajian praktikal untuk tempoh yang lama, saya berjaya mencipta Berus Gigi Multiway ini.



Mr. Liew Hon Seong
Pencipta
 
 
   
   

Copyright © Denson Marketing Sdn. Bhd.    Power by TechBase Solution